AQIDAH CATERING SERVICES My First Choice

WAKTU BEROPERASI

ALAMAT

TB 4381, Lot 180, Taman Ria 3, Batu 3, Jalan Utara Baru, Tawau, 91000 Tawau, Sabah.

NO TELEFON:

089-757786 (OFFICE)

0111-6509 9786 (WHATSAPP)

010-3769786 (WHATSAPP)

tentang kami

est. 2013

Aqidah (Öa.qi.dah; Arab: عقيدة‎, Melayu: Akidah) merupakan suatu istilah yang dipinjam dari Bahasa Arab dan membawa maksud “sesuatu yang dipercayai atau diyakini”. Kami, Aqidah Catering Services (ACS), bermula sebagai sebuah perniagaan kantin sekolah dan katering kecil-kecilan yang meliputi daerah Tawau sahaja. Dengan membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan, kini perniagaan kami telah menjangkau ke segenap pelosok Zon Tenggara Sabah seperti Kunak, Semporna, dan Pulau Sebatik.

ACS hadir di tengah lingkungan masyarakat lokal sebagai sebuah syarikat katering yang berpengalaman dalam menyediakan aneka juadah untuk pelbagai jenis majlis.

Kami terkenal dengan hidangan bufet dan dome-set yang segar dan seimbang, di mana kami tidak menggunakan sebarang bahan makanan pra-bungkusan atau daging yang diproses untuk melayani pelanggan. Permintaan katering, khususnya untuk daging dendeng kami, merupakan antara menu wajib yang mendapat tempahan terbanyak. Seiring dengan slogan “Jaguhnya Dendeng!”, daging dendeng kami dibuat dengan bahan perapan yang unik dan resepi yang telah diperhalusi dan disempurnakan sejak turun-temurun.

Syarikat ini diusahakan oleh pengasas-bersama Encik Tagiling Mabata, Puan Mukarramah Mohd. Salleh dan Encik Nashrulhaq Tagiling dengan berbekalkan pengalaman katering hampir satu dekad sejak 2013. Kami dibantu oleh khidmat tukang masak yang berkebolehan serta barisan tenaga pramusaji yang berdedikasi.

Kami berupaya untuk menyediakan makanan untuk bilangan tetamu sehingga 5,000-6,000 orang dalam satu masa, dengan total kapasiti 9 unit kenderaan yang boleh bergerak dengan serentak. ACS adalah 100% hak milik penuh Muslim dan berfokus dalam penyediaan makanan yang Halal.

lihat PAKEJ kami

KAMI JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI MENU

PROMOSI TAHUN 2021

NANTIKAN PROMOSI YANG HEBAT DARIPADA KAMI PADA TAHUN INI!

SOKONGLAH PRODUK TEMPATAN

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita harus mengutamakan produk dan perkhidmatan lokal. Kami akan sentiasa memastikan kualiti yang kami berikan adalah terbaik dan setanding restoran ternama yang lain. 

mari dengar apa yang pelanggan kami katakan

PENGHANTARAN PERCUMA

Dengan pembelian di sekitar kawasan Tawau, anda akan mendapatkan servis penghantaran percuma.